Saturday 13 May 2017

JOM KITA BELAJAR TENTANG BAUAN PERFUME-SIRI 1

Assalamualaikum w.b.t. 
Buat ibu-ibu semua sempena Hari Ibu.

Jom Kita belajar sikit tentang BAUAN PERFUME.

Jangan pelik jangan hairan kalau kali pertama anda sembur perfume baunya seakan-akan berbeza. Ini kerana haruman yg dikeluarkan akan melalui 3 peringkat yg berbeza.


PERINGKAT PERTAMA

1. Top Notes – adalah aroma yang dirasakan terus ketika minyak wangi disemburkan. Aromanya lebih ringan dan meruap dengan cepat untuk membentuk kesan awal harumannya. Oleh yang demikian, ia sangat penting dalam proses penjualan. Juga disebut “Head Notes”.

PERINGKAT KEDUA

2. Middle Notes – adalah aroma yang muncul ketika aroma dari top notes mulai menghilang. Aromanya kadang kala kurang sedap saat pertama kali muncul (tapi lama kelamaan menjadi menarik/sedap). Middle Notes juga di sebut sebagai “Heart Notes”.

PERINGKAT KETIGA

3. Base Notes – aroma yang muncul ketika aroma middle notes mula menghilang. Middle dan Base notes adalah aroma utama bagi sesebuah minyak wangi. Aroma dari basenote biasanya ‘kaya’, ‘dalam’ serta biasanya hanya dapat dirasakan selepas 30 minit semburan.



Cara terbaik untuk menyimpan perfume adalah di dalam kotak asalnya terutama jika ianya jarang digunakan. Apabila disimpan di luar kotak, kualiti perfume akan sedikit terjejas kerana terdedah pada cahaya. 

Jangan simpan di dalam bilik air. Tempat yang terbaik bagi menyimpan perfume adalah di dalam almari berlaci. Tutup botol perfume dengan ketat supaya baunya kekal.

Nak wangi dgn wangian S&A SILKY AROMA Perfume?

Klik je link bawah ni

No comments

Post a Comment

© Silky Aroma Perfume
Maira Gall