Saturday 13 May 2017

JOM KITA BELAJAR TENTANG BAUAN PERFUME-SIRI 1

Assalamualaikum w.b.t. 
Buat ibu-ibu semua sempena Hari Ibu.

Jom Kita belajar sikit tentang BAUAN PERFUME.

Jangan pelik jangan hairan kalau kali pertama anda sembur perfume baunya seakan-akan berbeza. Ini kerana haruman yg dikeluarkan akan melalui 3 peringkat yg berbeza.


PERINGKAT PERTAMA

1. Top Notes – adalah aroma yang dirasakan terus ketika minyak wangi disemburkan. Aromanya lebih ringan dan meruap dengan cepat untuk membentuk kesan awal harumannya. Oleh yang demikian, ia sangat penting dalam proses penjualan. Juga disebut “Head Notes”.

PERINGKAT KEDUA

2. Middle Notes – adalah aroma yang muncul ketika aroma dari top notes mulai menghilang. Aromanya kadang kala kurang sedap saat pertama kali muncul (tapi lama kelamaan menjadi menarik/sedap). Middle Notes juga di sebut sebagai “Heart Notes”.

PERINGKAT KETIGA

3. Base Notes – aroma yang muncul ketika aroma middle notes mula menghilang. Middle dan Base notes adalah aroma utama bagi sesebuah minyak wangi. Aroma dari basenote biasanya ‘kaya’, ‘dalam’ serta biasanya hanya dapat dirasakan selepas 30 minit semburan.



Cara terbaik untuk menyimpan perfume adalah di dalam kotak asalnya terutama jika ianya jarang digunakan. Apabila disimpan di luar kotak, kualiti perfume akan sedikit terjejas kerana terdedah pada cahaya. 

Jangan simpan di dalam bilik air. Tempat yang terbaik bagi menyimpan perfume adalah di dalam almari berlaci. Tutup botol perfume dengan ketat supaya baunya kekal.

Nak wangi dgn wangian S&A SILKY AROMA Perfume?

Klik je link bawah ni

Friday 5 May 2017

JENIS-JENIS KATEGORI MINYAK WANGI

JENIS-JENIS MINYAK WANGI

1. Parfume  Mengandungi minyak yang tinggi kepeketannya sehingga 20% hingga 50%. Bau ini lebih tahan lama bau wangiannya. Harga sangat mahal.

Jarang orang pakai perfume macam ni sebab bau kuat sangat dan boleh buat orang pening.


2. Eau De Parfum (EDP) Peratusan kandungan minyak wangi antara 10-15%. Jenis wangian ini sangat popular sebab lebih murah dan berbaloi kalau nak beli.  Bau wangian ini boleh tahan lama juga jika dipakai antara 8 jam dan ke atas.

Boleh dipakai di kawasan badan yang paling hangat yang ada denyutan nadi iaitu di pergelangan tangan, di kawasan tepi leher, di dada, dan di lipatan siku. Bukan minyak arab sahaja yang boleh pakai kat leher dan tangan sahaja tpi perfume barat pun elok dilakukan pakai macam tu.

Ada sesetengah orang letak perfume kat belakang telinga. Boleh tapi ni style macam nak menggoda orang pula sebab baunya area situ lagi menyengat.


3. Eau De Toilette (EDT) kandungan minyak wangi yang skit antara 3-8%. Bau wangian yang tak tahan lama antara 3-4 jam. Harga lagi murah dan sangat mampu milik. Perfume ini selalu ada di kalangan lelaki. Kebiasaan lelaki tak suka perfume yang pekat thats why lelaki prefer EDT.  Sesuai juga dengan korang yang alah dengan bau atau cepat pening dengan bau wangian.


4. Eau De Cologne (Cologne) Kandungan pati paling skit pekatnya hanya 3%. Harga lagi sangat murah. Jarang ada perfume ni sekarang yang dijual.

BAU PERFUME INSPIRED BY TAHAN LAMA KE MACAM ORIGINAL?


Betul ke Perfume inspired by ni tahan lama macam perfume original. Tak terkejut kalau masih ada orang lagi yang tak tahu lagi tentang kewujudan perfume inspired by International.

Perfume Inspired By International merupakan minyak wangi yang diinspirasikan dari wangian antarabangsa seperti Hugo Boss, Paco Rabbane, Mont Blance, Gucci Flora, Dunhill, Victoria secret, Britney spears dan banyak lagi perfume antarabangsa yang berada di pasaran.

Bau Perfume Inspired By Tahan Lama Ke Macam Original
sumber gambar dari google.com
BAU INSPIRED BY TAHAN LAMA SAMA PERFUME ORIGINAL?

Cuma persoalannya sekarang adakah Bau Perfume Inspired By ni tahan lama ke macam Perfume Original?

Masih ramai yang tidak tahu bahawa bau inspired by mampu bertahan sehingga 8 ke 12 jam ke atas. Semuanya bergantung pada minyak wangi inspired yang dipilih.

Tapi ada perfume yang baunya tahan tak sampai 4 jam dah hilang baunya.. itu pun dari isnpired by juga… Ok, itu adalah disebabkan bau perfume itu berkenaan adalah dari Dubai yang mempunyai banyak gred seperti A, AA, AAA lah dan macam2x lagi lah. Biasa ada jual di pasar malam dengan harga yang murah dalam RM5-10 dengan botol nya sama dengan botol original tapi kualiti bau tak tahan lama. Tapi dari Dubai ada yang Ok wangi cuma baunya ada lari skit, kena pandai cari.

Ada perfume yang tak ada Gred2x macam kat atas tadi dan claim perfume inspirednya adalah EDP iaitu Eu Da Parfume bermaksud ketahanan baunya mampu bertahan sehingga 8 ke 12 jam. Ada yang jual RM50-65.

Tapi perlu dilihat juga dari segi kualitinya sama ada betul2x tahan lama baunya atau pun tidak. Sebab itu perlu hidu dulu perfumenya sama ada wangi dan tahan lama dan bukan sekadar survey pada harganya sahaja. Asal murah terus beli, asal mahal kualiti bagus.. tidak semestinya.

Di Malaysia khususnya, ramai yang menjual perfume inspired by dan tak semua kualitinya sama, ada yang pakai Oil dan ada yang pakai alkohol.  Kalau nak bau sama dengan original cari perfume inspired by yg pakai alkohol. Alkohol kosmetik sekarang pun dah mesra solat.

Ketahanan bau semuanya bergantung pada Inspired By Yang Dipilih.

Dibawah adalah contoh :

Victoria Secret Bombshell Vs Gucci Flora

Bombshell – bau dah ketahananya adalah moderate 8 jam…
Gucci Flora – bau nya agak moderate tetapi ketahanan baunya tahan lama sampai 12 jam.

Nak yang baunya tahan lama contoh seperti perfume Thierry Mugler Angel. Itu baunya kuat dan ketahanan sangat long lasting.
© Silky Aroma Perfume
Maira Gall